Kad grafik AMD yang kali terakhir bagi kelas pertengahan dikeluarkan adalah siri Radeon RX 5700 tetapi reka bentuk pada kad grafik tersebut tidak begitu menarik.
Namun, Radeon RX 6000 terbaharu ini nampaknya memberikan jawapan buat peminat AMD terhadap kad grafikĀ flagship daripada Nvidia.
AMD hari ini mendedahkan siri kad grafik mereka terbaharu di Twitter. Ia mempunyai reka bentuk yang besar dengan 3 kipas dan hadir dengan dua penyambung kuasa 8-pin.
Take a first look at the design of the new Radeon RX 6000 series. Our upcoming @AMD #RDNA2 graphics cards will feature a brand new cooler design, and you can study every angle yourself on our Fortnite Creative Island. 8651-9841-1639. pic.twitter.com/KGQAOXDivZ
— Radeon RX (@Radeon) September 14, 2020
Tambahan lagi, kad grafik ini juga akan hadir dalam peta Fortnite dimana pemain boleh melihat reka bentuk kad grafik tersebut di dalam peta AMD Battle Arena.
Selain itu, AMD akan mengumumkan siri RX 6000 pada acara yang akan diadakan pada 28 Oktober 2020. Sebelum ini Nvidia telah melancarkan siri RTX 3070 berharga $700 (~RM 2399) yang juga akan hadir pada bulan Oktober.
Kepada anda yang sedang mencari kad grafik terbaru, mungkin anda perlu menunggu sedikit masa lagi untuk melihat prestasi dan kemampuan yang ada pada kad grafik baharu AMD ini kerana kad grafik tersebut juga digunakan dalam PS5 dan Xbox Series S.
Jika anda berminat untuk melihat kad grafik ini, anda boleh melihatnya dalam permainan Fortnite dengan kod peta 8651-9841-1639.