Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

AMD Lancar RX 6500 XT, GPU Paling Bajet Untuk ‘Gaming’ 1080p

Posted on Januari 20, 2022

AMD hari ini memperluaskan lagi barisan kad grafik mereka dengan melancarkan Radeon RX 6500 XT. Kad grafik ini sememangnya dicipta buat golongan yang mahukan permainan video AAA beresolusi 1080p dan juga judul e-sukan.

Kad grafik ini turut menawarkan ciri-ciri yang ada pada kad grafik yang lebih berkuasa. Contohnya sokongan DXR raytracing, AMD Smart Access Memory (SAM), AMD FidelityFX Super Resolution (FSR) dan AMD Radeon Anti-Lag.

Tanda harga RX 6500 XT ini ialah USD199 (~RM833) dan tersedia untuk beberapa jenama lain seperti ASRock, ASUS, Biostar, Gigabyte, MSI, PowerColor, SAPPHIRE dan XFX. Namun, belum pasti bilakah tiba untuk pasaran Malaysia.

Sumber: Siaran Akhbar AMD

Baca juga:

  • Qualcomm Perlihat Teknologi iSIM, Tak Perlu Lagi Kad SIM Fizikal Dan eSIM

  • vivo X70 Pro Nadi Kepada Filem Pendek ‘Shout it Out’

  • MIUI 13 Untuk Pengguna Global Mungkin Dilepaskan Secara Rasmi Sedikit Masa Lagi

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress