Menurut laporan oleh laman analisis Serve The Home (STH), syarikat pengeluar cip pemprosesan Advanced Micro Devices, Inc. (AMD) telah berjaya merampas penguasaan pasaran cip pemprosan dari seterunya iaitu Intel.

Berbeza dari tahun lalu (2020) di mana Intel menguasai pasaran cip pemprosesan sebanyak 54%, tetapi untuk tahun ini, AMD telah berjaya menguasai pasaran cip pemprosesan sebanyak 59%.

Jumlah itu menunjukkan perubahan yang sangat ketara di mana pengguna komputer kini lebih berminat menguasakan komputer mereka dengan menggunakan cip dari AMD berbanding Intel.

Ini tidak menghairankan kerana pengguna lebih berminat dengan keupayaan cip pemprosesan AMD yang didapati lebih berkuasa, berprestasi tinggi tetapi pada masa yang sama lebih jimat tenaga serta lebih murah berbanding cip dari Intel.

Jadi, bagaimana dengan anda, pilih Intel atau AMD?

Sumber: Serve The Home, Toms Hardware