Bagi mencapai imuniti kelompok untuk melawan penyebaran Covid-19, lebih ramai rakyat perlu divaksin. Oleh itu, Garmin Malaysia mengadakan peraduan dengan ganjaran menarik untuk menggalak lebih ramai mengambil vaksin.

Bermula 2 Julai hingga 2 Ogos 2021, penerima vaksin berpeluang memenangi siri jam pintar Venu 2 oleh Garmin.

Anda hanya perlu kongsikan pengalaman vaksinasi melalui video atau gambar kreatif di Instagram menggunakan templat rasmi oleh Garmin. Selain itu, perlu juga sertakan #GarminCucukReward dan tag akaun rasmi Garmin Malaysia.

Semua rakyat Malaysia dialu-alukan untuk menyertai peraduan ini asalkan ada bukti pengesahan vaksinasi dari aplikasi MySejahtera atau Selangkah.

Pemenang peraduan akan diumumkan pada 9 Ogos 2021 di akaun Instagram Garmin Malaysia. Jadi, kepada yang akan mengambil vaksin dalam masa terdekat boleh sertai peraduan dengan hadiah menarik ini.

Untuk maklumat lanjut, layari pautan ini https://www.garmin.com.my/minisite/garmin-technology/health-.

Sumber: siaran akhbar Garmin Malaysia

Baca juga – Beli ROG Phone 5, Percuma Fon Telinga Bernilai RM499

Baca juga – Kempen “Support Lokal” Lazada Tawar Diskaun Sehingga 50%