Bersempena minggu festival pertengahan musim luruh, vivo Malaysia mengadakan pertandingan fotografi #XSupermoon bermula hari ini sehingga 26 September 2021.
Melaluinya, anda berpeluang memenangi siri vivo TWS 2 dan hadiah premium X70 Pro. Berikut adalah cara bagaimana untuk menyertainya.
Pertama sekali, ambil gambar bulan dengan menggunakan fungsi ‘Supermoon’ yang terdapat dalam model siri vivo X seperti X50 Pro, X60 Pro dan X70 Pro.
Kemudian, muat naik dan kongsi gambar tersebut di Facebook atau Instagram anda bersama-sama tanda pagar #vivoxZEISS #vivoX70Series #XSupermoon.
Akhir sekali, tag @vivoMalaysia (Facebook) atau @vivo_Malaysia (Instagram) dan pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.
Dalam pada itu, jangan lupa untuk saksikan pelancaran siri vivo X70 hari ini pada jam 7:30 malam menerusi Facebook vivo Malaysia.
Sumber: Siaran Akhbar vivo
Baca juga:
- Satu Lagi Telefon Bawah Seribu Yang Berbaloi Untuk Dimiliki
- vivo Melancarkan Siri X70, Kamera Lebih Cantik Dan Gimbal Lebih Stabil
- Kohai – Platform Untuk ‘Berguru’ Atau Naik ‘Rank’ Bersama Pemain Pro