Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Amazon Ingin Bangunkan Platform Khas Untuk Rancangan Sukan

Posted on Disember 29, 2022

Amazon sedang dalam pertimbangannya untuk melancarkan sebuah aplikasi penstriman yang fokus kepada rancangan sukan.

Syarikat tersebut sebelum ini telah menyiarkan siaran secara langsung mengenai perlawanan bola sepak dari NFL dan UK Premier League.

Amazon akan menyiarkannya di Prime Video dan kini mereka ingin memisahkannya ke dalam aplikasi yang khususnya untuk kandungan itu sahaja.

Namun, Amazon masih lagi tidak mengeluarkan sebarang pernyataan secara rasmi mengenai pelancaran aplikasi tersebut.

Malah, aplikasi itu mungkin tidak akan dikeluarkan atau diubah harga langgannanya. Tetapi, tidak mustahil untuk kandungan sukan masih lagi kekal di dalam Prime Video namun diletakkan di belakang paywall.

{suggest}

Penstriman acara sukan mempunyai kos yang agak tinggi tetapi sedikit sebanyak akan menarik lebih ramai pelanggan ke dalam platform tersebut.

Mungkin ini merupakan salah satu taktik daripada Amazon untuk menarik lebih ramai pelanggan. Ini kerana syarikat itu mempunyai saingan yang tinggi seperti Apple, YouTube dan juga aplikasi penstriman Peacock.

Sumber: Digital Trends

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress