Amazfit merupakan antara jenama yang popular dengan penawaran jam pintar. Hari ini mereka telah memperkenalkan 2 model terbaharu iaitu Amazfit Pop Pro dan Amazfit GTS 2 mini.

Amazfit Pop Pro

Amazfit Pop Pro menawarkan skrin 1.43 inci petak LCD, Bluetooth 5, kalis air 5ATM, dan 60 mod sukan. Kapasiti bateri yang dimuatkan adalah 225mAh dan menjanjikan ketahanan bateri sehingga 9 hari.

Antara ciri menarik pada Pop Pro adalah kehadiran GPS secara kendiri. Ia menjadikan anda tidak perlu bergantung kepada GPS telefon apabila membuat senaman seperti berbasikal.

Di China, Amazfit Pop Pro dipasarkan dengan harga bermula CNY 349 (~RM216) melalui pilihan warna hitam, hijau dan merah jambu.

Amazfit GTS 2 mini

Sebelum ini, Amazfit GTS 2 telah diperkenalkan pada hujung September. Dengan GTS 2 mini, ia membawakan saiz yang lebih kecil untuk kemampuan dan ciri yang sama.

Skrin GTS 2 mini adalah berukuran 1.55 inci AMOLED, juga rekaan petak. Disebabkan saiz sedikit kecil, kapasiti bateri diturunkan kepada 220mAh namun ketahanan bateri masih sama dengan mencapai 14 hari penggunaan atau sehingga 21 hari untuk mod asas.

Harga yang ditawarkan sedikit lebih murah pada CNY 699 (~RM433) berbanding Amazfit GTS 2 biasa. 3 warna boleh dipilih iaitu merah jambu, hijau, atau hitam.

Sumber: 1 | 2