Pada pertengahan bulan lepas, Alienware telah melancarkan model komputer riba Alienware M15 R6 iaitu abang kepada barisan Alienware M15 Dan M17 R4 yang dilancarkan dalam bulan Januari lalu.

Terbaru pula, siri komputer riba permainan (gaming) Alienware X15 dan X17 pula dilancarkan dengan sistem penyejukan terbaru sebagai fokus utama.

Baca juga – Alienware M15 Dan M17 R4 Dengan RTX 3070 Kini Di Malaysia Bermula RM10,799

Siri terbaru ini menampilkan komputer riba permainan nipis yang dijana CPU dan GPU paling berkuasa di pasaran sekarang.

Kedua-duanya boleh didapati dengan cip Core i7-11800H atau Core i9-11900HX dengan pilihan GPU NVIDIA GeForce RTX 3060, 3070, atau 3080. Ia juga mempunyai storan SSD 4TB serta RAM 32GB (X15) dan 64GB (X17).

Dengan kuasa janaan sehebat itu, Alienware memuatkan sistem penyejukan empat kipas (quad-fan) dengan teknologi kawalan Smart Fan.

Selain itu, ia juga menggunakan bahan thermal paste terbaru dengan keupayaan 25% lebih tahan lama untuk memindahkan haba ke sistem penyejukan tersebut untuk menghilangkan haba tersebut sepantas mungkin.

Baca juga – Alienware M15 Dan M17 R4 Dengan RTX 3070 Kini Di Malaysia Bermula RM10,799

Selain itu, komputer riba ini dilengkapi dnegan dua pilihan paparan iaitu FHD 360Hz untuk permainan video dan 4K-UHD HDR400 yang sesuai untuk kerja kreatif seperti pereka digital.

Harga pasaran untuk komputer riba ini bermula dari $1999.99 (~RM8,235) untuk model X15 dan $2099.99 (~RM8,647) untuk model X17. Namun ia belum lagi rasmi di pasaran Malaysia.

Baca juga – ROG Strix Advantage Edition Dilancar, “Laptop” Gaming Berkuasa AMD

Sumber: ubergizmo & techspot