Pertengahan bulan Mei lalu, Dell mengumumkan beberapa barisan komputer riba permainan (gaming) terbaru yang akan dilancarkan di pasaran Malaysia. Antara adalah komputer riba Alienware X15 dan X17.

Baca juga – Alienware X15 Dan X17 Rasmi, Tampil Dengan Sistem 4 Kipas

Disamping itu, mereka juga melancarkan dua lagi komputer riba permainan baharu iaitu Alienware m15 R6 dan Dell G15 TGL.

Alienware m15 R6

Untuk pasaran Malaysia, model Alienware m15 R6 dijual pada harga RM8,199 untuk spesifikasi permulaan dijana cip Intel Core i7, RTX 3080, RAM 16GB dan storan SSD 512GB. Ia juga dilengkapi paparan Full HD pada skrin berukuran 15.6-inci.

Baca juga – Gigabyte Melancarkan RTX 3070 Ti Dan RTX 3080 Ti

Manakala model Dell G15 TGL pula diletakkan pada segmen yang lebih mampu milik. Dengan tanda harga bermula pada RM4,199, komputer riba ini dikuasa cip Intel Core i5, RTX 3050, RAM 8GB, dan storan SSD 512GB.

Dell G15 TGL

Selain itu, ia juga dilengkapi paparan Full HD pada skrin berukuran 15.6-inci.

Harga rasmi untuk model X15 dan X17 di pasaran Malaysia masih belum diberitahu, tetapi spesifikasi permulaan untuk X17 adalah serupa dengan Alienware m15 R6.

Nantikan harga rasminya dalam masa terdekat.

Baca juga – Microsoft Surface Laptop 4 Rasmi Di Pasaran Malaysia Hari Ini