Setakat Jun 2021 ini, kita sudah melihat pelbagai aplikasi permainan mudah alih ditawarkan. Antara permainan mudah alih bergenre strategi RPG terbaru adalah Alchemy Stars, dimana ia sudah dilancarkan secara global pada 17 Jun lalu.

Permainan gaya anime yang dibangun TourDogStudio dan Tencent ini mempunyai latarbelakang futuristik serta magis pada rekaan watak dan persekitarannya.

Dalam permainan ini, pemain perlu memikirkan strategi untuk menghasilkan kuasa hebat dalam medan pertempuran dengan menyambung warna jubin. Ianya seakan permainan teka-teki (puzzle) seperti Candy Crush.

Selain itu, permainan ini juga menyediakan lebih daripada 80 watak dengan kemahiran unik dan jalan cerita berbeza yang boleh dialami oleh pemain.

Alchemy Stars sudah boleh dimuat turun pada semua peranti iOS dan Android di Google Play dan App Store.

Sumber: siaran akhbar Alchemy Stars