Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Akuarium Berharga RM61 Juta Pecah, 1500 Ekor Ikan Mati

Posted on Disember 19, 2022

Sebuah akuarium gergasi yang terletak di dalam sebuah hotel di Berlin, Jerman dilaporkan telah pecah sehingga mengakibatkan ribuan ekor ikan yang dianggarkan berjumlah 1,500 ekor mati.

Malah hampir sejuta air yang terdapat di dalam akuarium itu juga turut membanjiri hotel serta merosakkan kawasan berhampiran.

Akuarium yang dikenali sebagai AquaDom itu teerletak di dalam lobi hotel Radisson Blu di Berlin. Ia merupakan akuarium terbesar di dunia dengan ketinggian 15.85m meter.

Akuarium itu dianggarkan mengandungi lebih daripada 100 spesis ikan.

Di bawah adalah keadaan akuarium dalam keadaan sempurna.

Di bawah pula adalah rakaman video keadaan akuarium itu selepas insiden yang dilaporkan oleh laman USA Today.

Dalam perkembangan berkaitan, syarikat AS yang membantu membina akurium itu dilaporkan akan menghantar pasukan penyiasat bagi menyiasat punca insiden tersebut.

Syarikat itu, Reynolds Polymer Technology menerusi satu kenyataan melalui e-mel menyatakan bahawa “pada ketika ini, terlalu awal untuk menentukan faktor atau faktor yang akan menghasilkan kegagalan sedemikian.”

Syarikat itu adalah pihak yang mengeluarkan dan memasang komponen silinder tangki AquaDom 20 tahun yang lalu.

{suggest}

Tangkap layar: usatoday

Sumber: usatoday, BBC News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress