Seorang editor sebuah majalah diJerman telah dipecat selepas dia didapati melakukan interview palsu bersama legenda pelumba Formula 1, Michael Schumacher yang dijanakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Kontroversi itu berpunca daripada kulit muka depan majalah mingguan wanita edisi terbaru, Die Aktuelle yang menyiarkan tajuk berita yang menjanjikan wawancara pertama dengan Micheal Schumacher sejak kemalangan bermain ski yang dialami pelumba itu pada 2013 dahulu.
Artikel itu kemudiannya mendedahkan petikan yang dikaitkan dengan Schumacher sebenarnya dihasilkan oleh AI.
Ekoran itu, keluarga pelumba legenda itu berkata bahawa mereka merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah tersebut.
🚨| Ferrari legend Michael Schumacher's family are planning legal action against a German magazine which published an AI-generated 'interview' with him.
On the cover, a strapline reads ‘it sounds deceptively real’ and inside, it emerges that responses were generated by AI. pic.twitter.com/hReJuScPmp
— Ferrari News 🐎 (@FanaticsFerrari) April 20, 2023
“Hasil daripada penerbitan artikel ini, Ketua pengarang Die Aktuelle, Anne Hoffmann, yang telah memegang tanggungjawab kewartawanan untuk akhbar itu sejak 2009, akan diberhentikan daripada tugasnya mulai hari ini.” Bianca Pohlmann, Pengarah Urusan Funke.
{suggest}
Sumber: Reuters, The New York Times