Bloomber melaporkan syarikat pengeluar telefon pintar China, Xiaomi Corp telah berjaya melepasi nilai pasaran sebanyak USD100 bilion pada tahun ini.

Kejayaan itu sekaligus mengubat luka Xiaomi yang gagal mencapai sasaran mereka untuk melepasi USD100 bilion pada tahun 2018 lalu.

Dalam bulan November lepas, Xiaomi dilaporkan telah menjadi syarikat yang berjaya meningkatkan jualan terpantas pada setiap suku tahunan dalam tempoh 2 tahun berturut-turut.

Penjualan telefon pintar Xiaomi di Malaysia juga berada pada tahap yang terbaik apabila dilaporkan pertumbuhan jualan telefon pintar syarikat itu meningkat kepada 113% setakat suku ketiga tahun ini berbanding tahun lepas.

Xiaomi merekodkan jualan memberangsangkan apabila menjadi jenama telefon pintar pilihan utama di Asia Tenggara selepas disenarai sebagai peranti paling laris di platfom Shopee dan Lazada.

Malah menurut laporan International Data Corporation (IDC), Xiaomi telah memintas Apple sebagai pengeluar ketiga terbesar di dunia pada suku ketiga tahun ini.

Sumber: Bloomberg