HONOR mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan siaran langsung pelancaran telefon pintar flagship terhangat iaitu HONOR Magic4 Pro.
Pelancaran telefon pintar terbaru itu dijadualkan akan berlangsung pada 1 Jun 2022 nanti.
Bagi anda yang mungkin belum tahu, HONOR Magic4 Pro baru-baru ini telah memenangi beberapa anugerah di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2022.
Antara perkara utama yang disahkan tentang ura-ura telefon pintar ini adalah HONOR Magic4 Pro disahkan akan hadir dengan GMS yang memudahkan lagi pengguna di Malaysia.
Ciri-ciri utama yang lain tentang telefon pintar ini juga adalah videografi sinematik, pengecas tanpa wayar 100W yang pertama dalam industri dan dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G.
Siaran langsung pelancaran HONOR Magic4 Pro akan boleh ditonton menerusi laman rasmi Facebook HONOR Malaysia pada jam 3 petang.
Sumber: Media rasmi HONOR
Baca juga: