Jika sebelum ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memaklumkan bahawa mereka gembira dan amat berterima kasih kerana Belanjawan 2021 telah mengiktiraf jaringan telekomunikasi sebagai utiliti ketiga.

Tetapi pada hari ini, Menteri Komunikasi Dan Multimedia memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menjadikan perkhidmatan telekomunikasi sebagai utiliti awam ketiga selepas bekalan air dan elektrik.

Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat Kabinet yang telah meluluskan cadangan perkhidmatan komunikasi diwartakan sebagai utiliti awam ketiga terpenting dalam negara.

Pemwartaan ini amat penting kepada negara kerana penyediaan perkhidmatan komunikasi akan lebih menyeluruh dan berkualiti.

Malah dengan pemwartaan ini, ia akan lebih mempercepatkan proses kelulusan, kos operasi yang lebih berpatutan dan pembinaan infrastruktur telekomunikasi pada masa hadapan.

Sumber: Bernama