Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan, para penduduk di Hulu Terengganu kini boleh menikmati jaringan telekomunikasi yang lebih baik.

Ia selepas tiga menara komunikasi baharu yang dibina di tiga lokasi iaitu di Kolej Hutecs, Kampung Kepah dan Kampung Machang telah beroperasi sepenuhnya pada 31 Mei lalu dengan liputan 4G.

Ini sekaligus akan memanfaatkan lebih daripada 3,000 orang penduduk di kawasan menara tersebut iaitu Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu/ Hutecs, Kampung Butut dan taman perumahan sekitar seperti perumahan Tok Hujib dan Perumahan Seri Bajar.

Bagi kawasan menara Kampung Machang pula, ianya melibatkan Kampung Machang dan sekitar manakala menara di Kampung Kepah, ia melibatkan Kampung Tengkawang dan Kampung Matang.

Jadi, dengan adanya liputan 4G di kawasan-kawasan tersebut, ia akan membantu para guru dan pelajar sekolah untuk melaksanakan serta mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lancar dan berkesan.

Sumber: SKMM