Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Akhirnya Pelayar Chrome Terima Ciri Yang Sepatutnya Sudah Lama Ada

Posted on Disember 9, 2022Disember 9, 2022

Google secara diam-diam telah memuatkan ciri yang sepatutnya mereka muatkan di dalam pelayar Chrome sejak dahulu lagi.

Ciri tersebut memudahkan anda membuka tabs, history dan bookmarks terus daripada bar URL.

Apa yang perlu anda lakukan adalah hanya dengan menaip @bookmarks, @tabs, atau @history di dalam bar URL pelayar Chrome.

Tidak perlu lagi membuka Menu pelayar untuk mengakses ketiga-tiga bahagian tersebut.

Apabila anda berbuat demikian, anda akan melihat bar alamat Google memaparkan pilihan anda dengan penunjuk teks biru. Sebagai contoh rujuk rajah di bawah

Ciri baharu ini sudah pun mula ditawarkan kepada semua pengguna Chrome menerusi kemas kini Chrome versi 108.0.5359.95.

{suggest}

Sumber: PCWorld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress