Sebelum ini telah pun dilaporkan tentang ciri-ciri baru yang akan ditawarkan kepada pengguna aplikasi WhatsApp pada tahun ini.

Salah satu daripadanya adalah ciri yang dikenali sebagai ‘View Once‘.

Ciri tersebut yang mempunyai persamaan dengan ciri yang ada pada aplikasi Snapchat kini mula ditawarkan kepada pengguna-pengguna terpilih aplikasi WhatsApp versi beta.

Ciri View Once membolehkan pengguna WhatsApp menetapkan foto dan video yang dihantar mereka untuk dilihat atau ditonton hanya sekali sahaja selepas ia dibuka oleh si penerimanya.

Penghantar pula akan menerima notifikasi apabila foto dan video yang dihantar mereka itu telah dilihat oleh penerimanya.

Kemudian, apabila foto dan video itu telah dilihat oleh sipenerima, media tersebut akan hilang secara automatik selepas media itu ditutup.

Walaupun ciri ini masih dalam pembangunan dan hanya ditawarkan kepada pengguna beta aplikasi WhatsApp sahaja, tetapi View Once tetap berfungsi walaupun foto dan video dihantar kepada pengguna WhatsApp yang masih belum ada ciri tersebut dalam aplikasi mereka.

Tetapi suka juga diingatkan bahawa pengguna tetap boleh membuat tangkap layar pada video dan foto yang diterima mereka dan tiada sebarang notifikasi akan diberikan kepada si penghantar kerana WhatsApp masih tiada ciri mengesan tangkap layar.

Ciri view once hanya ditawarkan pada pengguna terpilih aplikasi WhatsApp versi beta 2.21.14.3 di peranti Android.

Sumber: Wabetainfo

Baca juga: Tak Lama Lagi, WhatsApp Akan Ada Ciri Baharu Ini