Seperti biasa, Apple dijangka akan memperkenalkan model terbaru iPhone dalam bulan September nanti.

Tetapi kini timbul ura-ura berkaitan 2 ciri baru yang bakal tiba pada peranti itu. Ciri yang dimaksudkan di sini adalah ciri kamera di bawah paparan bagi pengesahan biometrik.

Ciri pengesahan biometrik itu adalah seperti pengesahan wajah, cap jari, imbasan iris mata dan lain-lain.

Ura-ura ini timbul selepas laman Patently Apple mendedahkan Apple kini telah dianugerahkan sebagai pemegang terhadap salah satu daripada paten yang berkaitan dengan rekaan ciri imbasan bawah paparan yang pernah difailkan mereka sejak beberapa tahun lalu.

Ciri itu merangkumi kamera bawah paparan untuk Face ID dan/atau Touch ID, bergantung kepaa perletakan kamera tersebut.

Ciri ini juga bakal dimuatkan pada komputer riba Apple MacBook. Tetapi ia juga mungkin akan diaplikasikan pada barisan produk Apple yang lain.

Cumayang menjadi persoalannya sekarang ini adalah sempatkah Apple perkenalkan ciri baru ini pada model iPhone 13 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Jika sempat ini bermakna, tiada lagi rekaan takuk pada skrin iPhone terbaru itu nanti.

Sumber: Patenly Apple

Baca juga: Xiaomi Mi Mix 4 Dijangka Dilancar Ogos Ini, Mungkin Ada Kamera Bawah Paparan

Baca juga – Telefon ‘Flagship’ Xiaomi Ini Mungkin Dilancar Tidak Lama Lagi

Baca juga – Xiaomi Atasi BMW Dalam Jenama Paling Bernilai Tahun 2021

Baca juga: Xiaomi Mengesahkan Mi Mix 4 Akan Dilengkapi Kamera Bawah Paparan