Grab kini mengesahkan akaun ‘rider’ atau penghantar makanan yang digantung sejak semalam, telah pun diaktifkan semula.
{suggest}
Difahamkan, penggantungan sementara akaun rider yang terlibat adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), bagi membolehkan pihak Grab menjalankan siasatan secara menyeluruh terlebih dahulu.
Selain itu, Grab menjelaskan turut menerima laporan yang mendakwa terdapat ancaman dan senjata dalam insiden tersebut serta menegaskan pihaknya memandang serius bagi setiap laporan yang dibuat, terutama melibatkan keselamatan.
Grab Official Statement
Following a viral incident of a Grab delivery-partner who was suspended after an altercation at a petrol station in Johor, we would like to clarify this matter. For more details, please read our full statement attached pic.twitter.com/yo8Q644uWx
— Grab Malaysia (@GrabMY) June 22, 2023
Setelah siasatan teliti dijalankan mengikut SOP, akaun rider terbabit telah pun diaktifkan semula.
Terdahulu, tular mengenai video penghantar makanan yang menegur warga asing kerana mengisi minyak dalam tong.
Sumber: Grab