OnePlus 9 akan menjadi siri pertama telefon OnePlus pada tahun 2021. Jika mengikut kepada kebiasaan, mereka dijangka akan memperkenal 2 variasi iaitu OnePlus 9 dan juga model yang lebih berkuasa iaitu OnePlus 9 Pro.

Kini, sumber terbaharu mengatakan akan wujud lagi sebuah model dalam siri itu iaitu OnePlus 9E. Walaupun tidak diketahui dimanakah posisi OnePlus 9E dalam portfolio siri OnePlus 9E, dipercayai OnePlus mahu mengikuti Samsung yang menawarkan variasi model pelbagai julat harga.

Buat masa ini, tiada maklumat yang dikongsikan mengenai OnePlus 9E, namun kita telah pun melihat bagaimana rupa OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro yang telah dikongsi sebelum ini.

Siri OnePlus 9 dijangka akan diperkenalkan pada sekitar Mac tahun hadapan yang sedikit lebih awal berbanding OnePlus 8 Pro pada April tahun ini.

Sumber: Max J