Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Aisberg Bersaiz 2 Kali Ganda Bandar London Dikesan Sedang Bergerak Menuju Kehancuran

Posted on November 15, 2022November 15, 2022

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) melaporkan pergerakan sebuah aisberg yang dianggarkan bersaiz 2 kali ganda lebih besar dari bandar London, sedang dalam perjalanan akhirnya sebelum mencair.

Pada bulan Oktober 2022 lepas,Pusat Ais Kebangsaan Amerika Syarikat (USNIC) melaporkan, saiz A-76A adalah sepanjang 135 kilometer dan 26 kilometer lebar.

Aisberg Antartika yang dinamakan sebagai A-76A itu asalnya adalah dari sebuah aisberg terbesar diketahui pernah wujud setakat ini iaitu A-76.

Tetapi dalam bulan Mei 2021 lalu, A-76 telah terpecah 3 dan A-76A adalah salah satu darinya di mana ia adalah pecahan yang terbesar dari aisber A-76.

NASA menjelaskan, aisberg itu akan terus hanyut ke utara di mana biasanya aisberg akan ditolak ke timur oleh arus Antartika Circumpolar Current yang kuat melalui Drake Passage.

Dari situ, aisberg sering bergerak ke utara ke arah khatulistiwa dan akhirnya cair dengan cepat di perairan yang lebih panas di dalam kawasan tersebut.

{suggest}

Sumber: nasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress