Pada tahun ini merekodkan peningkatan suhu yang tinggi sehingga memberi kesan terhadap iklim dunia keseluruhannya.

Kesan peningkatan suhu bumi juga kini dilaporkan turut menjejaskan keadaan muka bumi di pulau terbesar dunia iaitu Greenland di mana saintis mengesan berlakunya pencairan ais besar-besaran di puluau tersebut berbanding 2 tahun lalu.

Terbaru saintis mengesan telah berlakunya pencairan ais bersar-besaran di salah satu bahagian di pulau tersebut. Bagi membandingkannya secara visual, air dari ais yang cair itu boleh menenggelamkan negeri Florida pada ke dalaman 2 inci.

Untuk sepanjang minggu ini sahaja, saintis menganggarkan ais yang mencair di Greenland adalah sebanyak 26 gigatons ais. Jadi jumlah air itu jika dimuatkan ke dalam negeri Florida boleh menenggelamkan negeri tersebut sedalam 6 inci.

Sebagai perbandingan 1 gigatons adalah bersamaan dengan 1 bilion tan metrik.

Keluasan negeri Florida adalah seluas 170,312 km persegi. Kredit: World Atlas

Melihatkan kepada keadaan semasa bumi ketika ini, saintis menjangkakan pencairan ais besar-besaran akan terus berlaku dengan lebih kerap dari sebelumnnya terhadap litupan ais di Greenland serta Antartika.

Sumber: Cnet

Baca juga: Bandar-Bandar Utama Di Malaysia Dijangka Tenggelam Menjelang 2050

Bulan Jun 2021 Adalah Bulan Jun Ke-5 Terpanas Dalam Tempoh 142 Tahun