AirPods Pro mula diperkenalkan pada tahun 2019 dan setahun sudah pun berlalu, ia dijangkan mempunyai penggantinya tidak lama lagi.

Menurut penganalisis Apple terkenal – Ming-Chi Kuo, beliau berpendapat AirPods Pro 2 mungkin dilancarkan pada tahun 2022.

Dikatakan ia akan menampilkan rekaan baharu yang mungkin berdasarkan Beats Studio Buds yang baru sahaja dilancarkan dimana rupanya lebih kecil dengan ketiadaan tangkai pada fon telinga tersebut.

Selain itu, spekulasi turut mengatakan beberapa fungsi baharu digunakan yang memfokuskan kesihatan dan mempunyai sensor.

Tidak mustahil ia berlaku kerana Apple kini sememangnya sudah mula memperkuatkan lagi ciri-ciri kesihatan pada peranti mereka.

Dalam pada itu, AirPods 3 dijangka akan dilancarkan tahun ini juga yang mungkin bersama-sama iPhone baharu.

Sumber: macrumors

Baca juga – Ini Senarai Produk Apple Yang Boleh Ganggu Peralatan Perubatan

Baca juga – Imej Yang Dikatakan AirPods 3 Tertiris, Rekaan Serba Baharu

Baca juga – Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK

Klik untuk AirPods Pro:
https://invol.co/cl4qpr2