Sebelum ini laporan daripada media Korea Selatan mengatakan Apple bakal melancarkan AirPods Pro Lite atau AirPods Pro 2.

Kini, terdapat laporan terbaru yang mengatakan bahawa AirPods Pro baharu akan hadir dengan dua saiz dimana gambar yang didedahkan menunjukkan system in package (SiP) mempunyai dua saiz.

Reka bentuk AirPods baharu ini adalah sama dengan versi terdahulu dan juga ia masih menggunakan cip H1 yang ada pada AirPods Pro tetapi tiada ciri pembatalan hingar aktif (ANC).

Harga jualan bagi AirPods Pro 2 ini turut akan lebih mampu milik dan ia dijangka akan dilancarkan pada separuh pertama tahun 2021.

Sumber: Mr.White, apple insider