Apabila melibatkan kesihatan, peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar atau penjejak kesihatan (fitness tracker) adalah pertama yang terlintas di kepala.

Namun, pernahkah terfikir jika peranti audio juga boleh berbuat demikian? Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan Apple dan Cornell University, mereka menyatakan kadar respirasi pengguna boleh diukur menggunakan peranti audio.

Walaupun mereka tidak mendedahkan peranti mana, mungkin Apple menguji pada AirPods, AirPods Pro atau AirPods Max memandangkan ini sahaja peranti dari Apple buat masa sekarang.

Berbalik pada fungsi tersebut, ia adalah untuk menganggarkan Respiratory Rate (RR) atau kadar respirasi menggunakan mikrofon yang terbina dalam peranti audio. Menurut mereka, RR boleh berubah berdasarkan aktiviti yang dilakukan seperti senaman atau juga apabila kesihatan kurang baik.

Bagaimanapun, mungkin ciri sebegini tidak dapat dilihat dalam masa terdekat. Akan tetapi, Apple sebenarnya boleh dikatakan serius untuk menjadikan peranti mereka sesuai dijadikan rujukan untuk tahap kesihatan pengguna.

Sumber: myhealthyapple

Baca juga: