Di dalam dunia teknologi yang kebanyakan perkhidmatan digitalnya diuruskan oleh kecerdasan buatan, Airbnb, platform dalam talian untuk pencarian tempat tinggal sementara dan penginapan percutian, juga tidak melepaskan peluang untuk cenderung dalam teknologi ini.
Airbnb didapati telah memperoleh kerjasama GamePlanner.AI yang merupakan syarikat tertumpu hanya pada kecerdasan buatan sahaja dibawa masuk dengan bayaran sebanyak USD200 juta (~RM933.2 juta).
Dengan bantuan daripada bekas pengasas Siri, Adam Cheyer, yang kini mengambil alih GamePlanner.AI bersama Siamak Hodjat, Airbnb kini telah mula gunakan teknologi kecerdasan buatan dalam strategi perniagaan mereka yang terdiri daripada model bahasa besar (LLM), pembelajaran mesin dan model penglihatan komputer.
Selain daripada GamePlanner.AI yang merupakan salah satu kaedah dalam mengekalkan prestasi Airbnb, HotelTonight juga memberi kerjasama kepada pihak mereka untuk membina platform perkhidmatan perjalanan yang tersedia untuk semua orang pada tahun 2019.
{suggest}
Sumber: Airbnb Newsroom