Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-21, syarikat penerbangan AirAsia menawarkan jualan tambang termasuk semua sehala daripada RM21 sahaja.
Jualan yang dilancarkan bermula dari 28 November 2022 ini berlangsung sehingga 4 Disember untuk tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 30 Mac 2024 dengan pilihan perjalanan lebih fleksibel dalam tempoh 12 bulan.
AirAsia menyatakan bermula daripada RM21, para tetamu boleh menikmati lebih nilai ke pelbagai destinasi kegemaran mereka seperti Langkawi, Pulau Pinang, Krabi, Terengganu, Singapura, Phu Quoc dan banyak lagi destinasi jarak dekat yang lain.
Tempahan boleh dibuat dengan menekan ikon ‘Flights’ pada aplikasi airasia Super App atau laman sesawang rasmi AirAsia.
Bukan itu sahaja, penumpang juga berpeluang menikmati promosi terhad dan hidangan dalam penerbangan percuma dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu.
Sumber: Media AirAsia