Agensi Nuklear Malaysia menerusi satu kenyataan media memaklumkan bahawa pihak mereka telah pun memulakan penyelidikan bagi menghasilkan benih padi terbaru yang diberi nama IS22.
Penyelidikan yang memanfaatkan teknologi nuklear itu bertujuan bagi menghasilkan benih padi yang berdaya tahan tinggi jika ditenggelami air seperti bencana banjir.
Penyelidikan itu dilaksanakan dengan kerjasama beberapa universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.
Badan Tenaga Atom Antarabangsa dan Agensi Tenaga Atom Jepun juga turut menyalurkan bantuan dari aspek tenikal dalam penyelidikan tersebut.
Pada masa yang sama, Agensi Nuklear Malaysia juga memaklumkan mereka sedang menjalankan penyelidkan padi tahan kemarau pada tahun ini.
Penyelidikan yang mungkin mengambil masa beberapa tahun serta dana yang besar ini diharap akan memberi manfaat kepada para petani dan pesawah pada masa hadapan.
Sumber: MOSTI
Baca juga: