Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyatakan bahawa aduan berkaitan transaksi dalam talian meningkat sebanyak 145.6% semasa tempoh kawalan pergerakan (PKP).
Berdasarkan laporan, sebanyak 8,263 aduan diterima antara 18 Mac hingga 31 Oktober berbanding 3,364 aduan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Antara aduan yang kerap dilakukan adalah berkaitan tidak menerima barang atau perkhidmatan yang dipesan dan menerima barang tidak seperti yang diiklankan.
Oleh itu, kementerian telah menyediakan 9 cara kepada orang ramai untuk salurkan aduan berkaitan transaksi dalam talian bagi membendung penipuan berikutan peningkatan dalam pembelian dalam talian semasa PKP.
Pengguna boleh salurkan aduan mereka kepada kementerian melalui portal e-Aduan, aplikasi Ez-ADU atau hubungi talian hotline pengguna (1-800-886-800) atau e-mel ke [email protected].
Selain itu, pengguna juga boleh membuat aduan melalui WhatsApp di 019-2794317, Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC), Bilik Operasi Penguatkuasaan KPDNHEP Negeri, melalui surat kepada KPDNHEP atau secara terus ke pejabat KPDNHEP.
Saluran dalam talian ini dilakukan untuk mengurangkan aduan secara fizikal atas faktor COVID-19 sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) oleh kerajaan.
Sumber: BERNAMA