Adobe kini telah melepaskan kemaskini terakhir untuk Flash Player, hanya beberapa minggu sebelum perkhidmatan itu ditamatkan. Sebelum ini, Adobe telah menyatakan sokongan Flash akan ditamatkan pada 31 Disember 2020.

Sebagai tambahan, kandungan Flash juga akan disekat dari dimainkan bermula 12 Januari 2021. Adobe turut mengesyorkan kepada pengguna untuk menyahpasang Flash Player untuk melindungi sistem mereka.

Dalam pada itu, Adobe turut menyatakan,

“We want to take a moment to thank all of our customers and developers who have used and created amazing Flash Player content over the last two decades.  We are proud that Flash had a crucial role in evolving web content across animation, interactivity, audio, and video.”

Terdahulu, sokongan Flash telah dihentikan secara berperingkat di pelayar web utama. Pada tahun 2015, Adobe telah mendesak para pembangun untuk beralih ke piawaian yang lebih baru seperti HTML5.

Keputusan untuk menghentikan sokongan Flash dilihat sebagai tindakan yang tepat berikutan terdapat banyak kelemahan dalam sistem keselamatan.

Sumber: Adobe via The Verge