Ketika mengunjungi taman tema, roller coaster sering menjadi perhatian pengunjung. Namun, tahukah anda bahawa di Jepun mempunyai salah satu roller coaster terpantas di dunia.

Roller Coaster itu yang digelar Do-Donpa dan terletak di taman tema Fuji-Q Highland kini diarahkan untuk menutup operasi. Ini disebabkan terdapat empat pengunjung yang mengalami patah tulang selepas menaikinya sepanjang Disember 2020 hingga Ogos 2021.

Berdasarkan laporan, insiden yang berlaku itu melibatkan individu lelaki dan wanita yang berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun. Ada di antara mereka patah tulang serviks dan tulang belakang toraks.

Namun demikian perkara ini masih lagi dalam siasatan untuk mengesahkan adakah benar insiden tersebut ada kaitan dengan roller coaster itu.

Buat pengetahuan, Do-Donpa dibina pada tahun 2001 dan ia boleh mencapai kelajuan 180.2km/j dalam masa 1.56 saat.

Terdahulu, pengunjung yang menaiki roller coaster di taman tema Jepun dilarang untuk menjerit atas faktor mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Sumber: The Mainichi

Baca juga: