Bermula semalam, jalan raya sudah mula sesak yang mana ramai tidak sabar pulang ke kampung halaman. Yalah, dua tahun kita beraya dalam pandemik COVID-19 dan tahun ini semestinya lebih meriah apabila dapat juga beraya bersama sanak saudara.
Namun, di saat kemeriahan ini, ada juga beberapa pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri. Ibarat dia sahaja yang mempunyai kampung halaman.
Misalnya, ada pemandu yang mengikut rapat atau bahasa lain “cucuk” belakang. Ada juga seperti video yang dikongsikan di Twitter apabila sebuah kereta yang ‘mencilok’ umpama tiada hari esok.
Tadi duk follow kereta terlaju Malaysia. Dia cilok kiri kanan sepanjang jalan. Bila tak ada ruang, dia main kat emergency lane. Tapi bukti ada kat dashcam @rizarul la. Tengok towards the end video tu dia buat apa! Pastu bila dia sedar orang record, dia pi tepi. pic.twitter.com/iBrk0p4Z3o
— AdilaKaman (@adilakaman) April 30, 2022
Perbuatan sebegitu membahayakan pengguna jalan raya. Silap-silap, beraya di hospital.
Bagi anda yang pemandu berhemah, jangan risau, ini cara untuk membuat laporan kesalahan trafik.
Pertama, aduan perlu dihantar kepada emel [email protected]
Kedua, masukkan butiran pengadu seperti:
- nama penuh
- nombor kad pengenalan
- nombor telefon
- alamat surat menyurat
Ketiga, sertakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat:
- laporan ringkas aduan
- tarikh/masa
- jenis kenderaan
- tempat kejadian
- salinan foto, video atau dokumen berkaitan
Di sini, video daripada dashcam atau sebarang video yang anda rakam (dari tempat penumpang) boleh menjadi bukti yang kuat.
Seterusnya, pihak JPJ akan mengeluarkan Notis 114 yang mana ia notis temus siasat pada pemilik kenderaan bagi memberi keterangan lanjut berhubung kesalahan yang dilakukan.
Akhir sekali, sekiranya didapati bersalah, Notis PP2 (notis saman) akan dikeluarkan kepada pesalah kesalahan trafik.
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, ini antara kesalahan trafik yang boleh dilaporkan:
- Menyalahgunakan lorong kecemasan
- Mengekori kenderaan lain terlalu rapat
- Memotong barisan
Oleh yang demikian, berhati-hatilah di jalan raya ketika musim perayaan ini. Ingatlah orang yang tersayang. Sekiranya anda baru sahaja mahu bergerak pulang, hati-hati dan semoga selamat sampai ke destinasi.
Selamat hari raya.
Foto utama: twitter