Saban tahun kita dengar telefon dilancarkan dengan bateri berkapasiti besar diperkenalkan. Teknologi pengecasan dahulu memang tidak mampu tampung keperluan isian kuasa lebih pantas.

Semua pengeluar telefon pintar sudah mempunyai keupayaan cas lebih pantas. Seperti Huawei dengan SuperCharge 66W yang pertama kali diperkenalkan pada siri Mate 40.

Terkini terdapat perkhabaran dari negara tanah besar yang mana syarikat itu sedang membangunkan pengecasan lebih pantas, 90W. Selain itu, dinyatakan juga pengecasan tanpa wayar pun akan turut ditingkatkan kuasanya.

“Huawei sedang membangunkan teknologi pengecasan pantas 90W yang sesuai digunakan pada telefon pintar”

Buat masa sekarang tiada lagi maklumat terperinci untuk pengecasan 90W tersebut. Tetapi ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa Huawei masih belum putus asa dengan pengeluaran telefon pintar mereka. Imbas kembali laporan bulan lalu, Huawei telah jauh dipintas pengeluar lain dalam pasaran telefon pintar berdasarkan laporan dari Counterpoint Research untuk suku pertama 2021.

Setakat ini, telefon dengan pengecasan yang sudah dikomersialkan adalah Black Shark 4 Pro dan iQOO 7 dengan pengecasan 120W.

Sumber: Weibo