OPPO telah pun melancarkan ColorOS 13 yang serba baharu. Versi baharu ini dilancarkan pada minggu yang sama dengan Android 13.
Versi ColorOS 12 yang lepas telah menawarkan pelbagai kemas kini dan ciri yang menjadikan antara mukanya semakin ringkas, memudahkan dan mesra pengguna.
Antara semua pembaharuan yang ditawarkan Android 13 ini, berikut adalah 5 ciri menarik dalam ColorOS 13 kali ini:
{snap}
Halaman Utama Dan Notifikasi
Antara ciri baharu yang diperkenalkan adalah format toggle notifikasi yang baharu ketika mod landskap memudahkan pengguna untuk mengakses dan memberi respons.
Selain itu, terdapat juga cara yang mudah untuk kita mengakses pelbagai fail dalam folder yang besar secara langsung.
{snap}
Always-on Display
Ciri Always-on Display daripada ColorOS sebelum ini merupakan antara yang terbaik di pasaran dan versi baharu ini tampak semakin lebih ‘mesra alam’ lagi.
Ciri AOD versi baharu ini memperkenalkan gaya baharu yang dipanggil ‘Home’. Ia menunjukkan bagaimana planet kita dipengaruhi dengan kesan pemanasan global melalui gaya animasi.
Pengguna boleh memilih gaya animasi tersebut yang terdiri daripada beruang kutub, penguin dan ikan.
{snap}
PC Connect
Ciri PC Connect ini secara asasnya membolehkan pengguna untuk memaparkan skrin peranti pada PC dan boleh mengakses peranti melalui PC yang telah dihubung.
Walaupun tiada ciri-ciri baharu, tetapi OPPO telah menjelaskan mereka akan membawa lebih banyak ciri baharu pada kemas kini lanjut pada masa akan datang.
Setakat ini, pengguna boleh menggunakan ciri-ciri seperti pemindahan fail yang lebih lancar, penyeragaman notifikasi, dan clipboard.
{snap}
Ciri ‘Kid Space’
Ciri ini baharu yang diperkenalkan ini adalah untuk melindungi mata kanak-kanak ketika menggunakan peranti OPPO yang telah dikemas kini.
Ia akan memberi 3 jenis peringatan yang berbeza seperti posisi duduk, jarak pandangan dan cahaya persekitaran.
Oleh itu, ibu dan bapa boleh menggunakan peringatan daripada ciri ini untuk membentuk cara terbaik untuk mendidik anak-anak cara menggunakan peranti dengan baik.
{snap}
Rekaan Yang Lebih Menarik Dan Cantik
Ciri rekaan baharu daripada ColorOS 13 ini menggunakan rekaan yang dipanggil ‘aquamorphic’. Walaupun rekaan baharu ini tidak banyak bezanya dengan versi terdahulu, tetapi tetap menawarkan customization yang menarik daripada Android 13.
ColorOS 13 memberi pengguna peluang untuk customize warna ikon aplikasi-aplikasi yang terpilih agar seragam dan sama dengan warna tema dan latar hias (wallpaper) peranti.
{snap}
Kesimpulannya
Secara keseluruhan, ColorOS 13 daripada OPPO ini menawarkan pelbagai ciri baharu yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan Android 13 asli.
Sistem operasi baharu ini tampak lebih segar, ringkas, memudahkan dan ColorOS 13 berjaya untuk menjadi salah satu antara muka terbaik dikalangan peranti Android lain.