Siri Acer Swift sememangnya popular dalam kalangan pengguna disebabkan rekaannya yang menarik, ringan dan masih berkuasa.
Kini, mereka memperkenalkan Acer Swift 14 dan Acer Swift Go. Kedua-duanya bakal tersedia pada akhir April 2023 dan masing-masing dijual pada tanda harga bermula RM4,299 dan RM3,199.
Melihat pada spesifikasi, Swift 14 dikuasakan cip Intel Core i5-13500H atau Intel Core i7-13700H yang dipadankan bersama memori sehingga 16GB, storan dalaman sehingga 1TB dan mempunyai GPU Intel Iris Xe.
Sesuai dengan namanya, skrinnya adalah seluas 14″ IPS beresolusi WQXGA dengan kecerahan 425nits, gamut warna sRGB 100% dan nisbah paparan 16:10.
Ia hadir dengan port 1x HDMI 2.1, 2x USB 3.2 Gen 1, 3.5mm bicu audio dan 2x USB-C 3.2 Gen2. Komputer riba ini juga dilengkapi kamera web FHD. Selain itu, dikatakan baterinya mampu bertahan sehingga 9.5 jam. Tambahan lagi, selama 2 tahun jaminan diberikan.
Beralih kepada Swift Go, ia lebih mampu milik. Dilengkapi cip AMD Ryzen 5 7530U atau Ryzen 7 7730U, memori sehingga 16GB, storan 512GB dan AMD Radeon Graphics.
Paparan adalah seluas 14″ beresolusi FHD dengan panel IPS serta gamut warna sRGB 100%. Ia turut mempunyai kamera web FHD.
Port terdiri daripada 1x HDMI 2.1, 2x USB 3.2 Gen 1, 2x USB-C dan 3.5mm bicu audio. Baterinya dikatakan mampu bertahan sehingga 13 jam. Sementara jaminan diberikan selama 2 tahun dengan 1 tahun jaminan pengembara antarabangsa.
Dalam pada itu, Acer Aspire 7 turut dikemas kini yang mana prestasi dipertingkatkan dengan cip janaan Intel Core i5 siri-H generasi ke-12 serta kad grafik GTX 1650. Paparan berukuran 15.6″ FHD IPS, berkadar segar semula sehingga 144Hz dan ia turut hadir dengan memori 8GB serta storan SSD 512GB.
Ia dijual pada harga RM3,199 dan sama juga, bakal tersedia hujung April ini.
{suggest}