Acer hari ini telah melancarkan produk gaming mereka iaitu Acer Predator Orion 3000, sebuah desktop bersaiz sederhana.

Sebagai siri termuda dalam siri Predator Orion, desktop ini dikuasakan cip Intel Core i5-10400F atau i7-10700 dengan RAM 8GB DDR4 2666MHz dan boleh dinaik taraf sehingga 64GB.

Ia ditawarkan dengan dua pilihan kad grafik iaitu GTX 1660 Super bagi varian Intel Core i5 sementara RTX 2060 Super bagi varian Intel Core i7.

Desktop ini mempunyai sambungan yang pantas iaitu dilengkapi Intel WiFi 6, Bluetooth 5.0 dan Killer E2600 Gigabit Ethernet yang sesuai untuk para gamer bermain dengan tanpa sebarang masalah.

Pada bahagian hadapan, ia mempunyai sambungan I/O USB-A 3.2 Gen 2, USB-C 3.2 Gen 2 dan 2 bicu audio. Sementara I/O belakang dilengkapi 1 port LAN, 3 bicu audio, 2 USB-A 2.0 dan 4 USB-A 3.2 Gen 1.

Untuk penyejukan, Orion 300 dipasang dua kipas RGB FrostBlade pada bahagian hadapan dan bahagian belakang. Pengguna juga boleh serasikan warna kipas ini bersama-sama lampu pada panel hadapan.

Harga jualan Acer Predator Orion 3000 ini adalah RM4099 untuk varian Intel Core i5 (GTX 1660s). Manakala varian Intel Core i7 (RTX 2060s) pula dijual pada harga RM6799.