Acer Malaysia telah memperkenalkan model baharu bagi siri Aspire Vero yang dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Gen-12.
Spesifikasi
Acer Aspire Vero mempunyai 2 model dikuasakan cip Intel Core i5 dan i7 Gen 12 yang menawarkan prestasi yang lebih baik dan cekap tenaga. Kedua-dua model itu menggunakan grafik Intel Iris Xe.
Tambahan lagi, Aspire Vero juga dilengkapi memori RAM LPDDR4X sebesar 8GB dan sokongan storan PCIe NVMe SSSD bersaiz 512GB.
{suggest}
Aspire Vero dikatakan mampu memberikan lebih 4 jam masa penggunaan daripada 30 minit waktu pengecasan sahaja.
Binaan Daripada Bahan Mesra Alam
99% daripada bahan panel skrin paparan Aspire Vero ini boleh dikitar semula.
Bukan itu sahaja, 30% casis dan 50% keycaps pada Aspire Vero ini dibuat daripada bahan post-consumer plastic (PCR).
Acer Aspire Vero dijual pada harga RM2599 dengan Windows 11 dan sokongan Microsoft Office Home & Student 2021.
Aspire Vero juga sudah tersedia di eStor Acer, Shopee dan Lazada untuk dibeli.
Beli Aspire Vero di Shopee – https://shope.ee/5zqPPMY2lc
Sumber: Siaran Akhbar Acer