Bersempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Acer membawa masuk dua buah monitor gaming iaitu AOpen 32HC5QR dan AOpen 24MV1YP.

Kedua-dua monitor ini menyokong sudut pandang lebar sehingga 178° yang dapat memberikan warna yang lebih tepat apabila dilihat.

Selain itu, ia dilengkapi teknologi BlueLightShield dimana pengguna boleh melaras kadar cahaya biru yang dikeluarkan untuk penjagaan mata lebih baik.

AOpen 24MV1YP

Seperti monitor gaming yang lain, ia menyokong kadar segar semula sehingga 165Hz serta sokongan AMD FreeSync bagi mengelakkan screen tearing dan kadar latensi yang rendah.

Bagi AOpen 24MV1YP, ia turut hadir dengan sokongan HDR10 dimana mampu menawarkan kontras lebih terang dan warna lebih cantik.

Ciri lain adalah teknologi Flicker-less dan pelarasan warna 6 paksi bagi pengguna yang mahu menikmati warna dan rona yang tepat.

Tambahan lagi, kedua-duanya hadir dengan rekaan tanpa bingkai, menyokong VESA mount serta dilengkapi tapak dengan boleh laras.

AOpen 32HC5QRP

Panel yang digunakan AOpen 32 inci ini adalah jenis VA dengan resolusi FHD serta kadar tindak balas GTG 5ms. Manakala AOpen 24 inci pula masih panel yang sama tetapi terdapat sedikit penambahan dengan sokongan Turbo Visual Response (TVR) 1ms.

Bersempena kehadiran monitor ini, ACER menawarkan AOpen 32HC5QR dan AOpen 24MV1YP pada harga masing-masing RM759 dan RM569 di Shopee dan Lazada bersama-sama kabel DisplayPort (DP) secara percuma.

Namun, harga tersebut hanya dalam tempoh yang terhad pada 21 dan 22 Januari 2021 jam 12 tengahari.

Tambahan, Acer dan kedai pengedar yang sah terpilih juga akan menawarkan mouse pad secara percuma bagi pembelian monitor 32 inci ini sementara kabel DP dan Acer Flask bagi monitor 24 inci.

Promosi ini bermula pada 21 Januari hingga 25 Januari 2021 untuk unit yang terhad.