Kemas kini terbaru Free Fire sekali lagi menampilkan kolaborasi bersama karakter terkenal. Kali ini mereka membawa masuk Chun Li dan Ryu dari francais permainan video pertempuran Street Fighter V.

Pemain kini boleh mendapatkan skin dan barangan bertema Street Fighter V termasuklah pakaian ikonik Chun Li dan Ryu. Selain itu, pemain juga boleh melakukan gerakan istimewa Hadouken! sebagai emote dalam permainan.

Dalam pada itu, Garena juga akan menyiarkan “Free Fighter Face-Off” yang menampilkan influencer dari Malaysia dan Filipina. Kedua-dua wakil negara akan berentap untuk gelaran Free Fighter terunggul.

Tonton siaran langsung yang diadakan pada 9 Julai 2021 di Facebook dan YouTube Free Fire untuk peluang memenangi Street Fighter V di Steam.

Sumber: siaran akhbar Free Fire

Baca juga – Pendaftaran Call Of Duty: Mobile World Championship Sudah Dibuka

Baca juga – Senarai 18 Pasukan Yang Akan Berentap Dalam Liga Free Fire Malaysia Championship 2021