Terdahulu, dua peranti Samsung yang didakwa sebagai Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Z Fold3 telah melepasi pengesahan di Indonesia. Kini, media dari Korea melaporkan bahawa Samsung mungkin menjadualkan acara Galaxy Unpacked pada 11 Ogos ini.

Selain itu, terdapat juga “poster” acah berkaitan acara tersebut. Pun begitu, ia adalah tidak benar kerana Samsung tidak pernah memberi tahu peranti apa yang akan diperkenalkan melalui poster Galaxy Unpacked.

Bagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa tarikh itu berkemungkinan besar adalah benar. Khabar angin kuat mengatakan terdapat beberapa produk yang akan dilancarkan seperti Z Fold3, Z Flip3, Buds2 dan Watch4.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Samsung. Dijangkan dalam beberapa minggu lagi kita dapat lihat poster rasminya dikongsikan.

Sumber: ddaily.kr, @FrontTron

Baca juga – Samsung Memperlihatkan Sistem Operasi One UI Untuk Jam Tangan Pintar

Baca juga – Ini Mungkin Bentuk Modul Kamera 200MP Pada Samsung Galaxy 22 Ultra 5G

Baca juga – Telefon Pintar Ini Dinobatkan Telefon Terbaik Untuk Tahun 2021