Nvidia kini telah mengumumkan acara “GeForce RTX: Game On” akan diadakan pada 12 Januari 2021. Menerusi acara ini, Nvidia dijangka memperkenalkan kad grafik baharu dalam siri GeForce RTX 3000.

Penstriman langsung acara tersebut akan diadakan secara maya pada hari kedua acara CES 2021 berlangsung. Nvidia turut mengesahkan acara ini akan dihoskan oleh Jeff Fisher yang merupakan Timbalan Presiden Kanan GeForce.

Melalui acara ini, Fisher akan mengumumkan mengenai produk GeForce. Menurut NVIDIA,

“..as we unveil the latest innovations in gaming and products.”

Spekulasi sebelum ini menyatakan Nvidia mungkin melancarkan Geforce RTX 3080 Ti pada Februari dan GeForce RTX 3060 pada Januari. Dengan itu, kemungkinan salah satu daripada kad grafik ini akan diumumkan pada acara tersebut.

Bagaimanapun, tiada perincian lanjut mengenainya yang diumumkan oleh Nvidia buat masa ini.

Sehingga itu, nantikan acara GeForce RTX: Game On yang akan berlangsung pada 1.00 pagi, 13 Januari 2020 (waktu Malaysia) melalui pautan ini.

Sumber: Nvidia via Wccftech.comĀ