Setelah sekian lama berteka-teki, kini semuanya telah terjawab. Apple secara rasminya mengesahkan acara yang dinantikan ramai dimana ia bakal berlangsung pada 14 September ini.

Jangkaan produk yang akan diperkenalkan nanti adalah empat pengganti siri iPhone 12, iaitu mungkin dinamakan iPhone 13. Peranti terbaharu ini mungkin juga akan menerima naik taraf kamera, takuk lebih kecil, bateri lebih besar, kadar segar semula 120Hz dah lain-lain.

Bukan itu sahaja, beberapa peranti lain yang turut dijangka dilancarkan bersama seperti AirPods 3, iPad Mini dan juga aksesori MagSafe yang dikemaskini.

Seperti biasa, waktu tempatan adalah pada 15 September jam 1 pagi. Oleh yang demikian, sama-sama kita nantikan perasmiannya pada minggu hadapan.

Baca juga: