Seperti biasa, Apple akan memulakan tahun baru dengan acara pertama yang berlangsung pada bulan Mac.

Kini, Jon Prosser meramalkan acara Apple tersebut akan diadakan pada 23 Mac ini. Tambahan lagi, beliau turut mendedahkan beberapa produk yang bakal diperlihatkan pada hari itu.

Menurutnya, empat produk yang dijangka dilancarkan adalah AirTags, AirPods, iPad Pro dan Apple TV.

Berdasarkan ura-ura, AirTags adalah sebuah peranti penjejak seperti Tile atau Samsung Galaxy SmartTag. Sementara AirPods baharu ini dikhabarkan adalah versi mampu milik dengan rekaan kompak.

Bagi iPad Pro, ia mungkin menggunakan paparan baru iaitu miniLED serta dikhabarkan prestasinya menghampiri MacBook dengan cip M1. Manakala Apple TV, Mark Gurman mengatakan ia memfokuskan permainan video.

Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi acara yang akan berlangsung pada hari yang sama iaitu pelancaran siri OnePlus 9. Adakah OnePlus akan menunda acara mereka atau meneruskannya?

Sumber: Jon Prosser