Penagih dadah kelihatannya kini semakin sukar untuk meneruskan kegiatan mereka dengan kewujudan teknologi baharu yang diuji oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

AADK kini telah bekerjasama dengan syarikat Nyla Sdn Bhd memulakan projek rintis mengesan penyalahgunaan dadah menerusi alat imbasan anak mata.

Alat tersebut dinamakan Instant Visual Drug Detector (IVDD 2.0) yang menjadi alternatif kepada ujian saringan air kencing yang kebiasaan digunakan sebelum ini.

Buat masa ini pihak AADK hanya membuat kajian rintis mengenai penggunaan alat tersebut sebelum mula diuji secara besar-besaran.

Sumber: Bernama