Anda mungkin mempunyai imej tetapi dengan latarbelakangnya tidak digemari. Bagaimana untuk buang latarbelakang tersebut?
Bermacam-macam perisian boleh digunakan seperti contoh Adobe. Tetapi anda mungkin tidak berkemahiran untuk menggunakan perisian itu. Disini kami tunjukkan cara lebih mudah iaitu melalui removebg.
- Pertama sekali, klik pada pautan ini.
- Kemudian, klik pada butang Upload Image untuk muat naik gambar.
- Pilih gambar yang anda mahu hilangkan latar belakang pada gambar.
- Selepas itu, ia terus dipaparkan dengan gambar yang sudah hilang latar belakangnya dengan format PNG. Anda boleh klik pada butang Download untuk muat turun gambar tersebut.
- Di pautan ini juga, anda diberi dua pilihan iaitu Photo dan Color untuk mempelbagaikan latar belakang gambar.
Tips ini juga dapat membantu kepada sesiapa yang mahu menyunting gambar dan sebagainya. Semoga tips ini bermanfaat kepada anda semua.