Huawei dilihat secara terus menerus telah memberikan pembaharuan terhadap siri Nova 3 mereka. Terbaharu, Huawei Malaysia telah membuka peluang untuk pengguna Huawei Nova 3 dan Nova 3i di Malaysia untuk mencuba EMUI 9.0 di peranti mereka sendiri.
Untuk mencubanya, pengguna hanya perlu mengikuti langkah mudah di bawah:
- Muat turun pakej – EMUI 9 BETA
- Daftar masuk menggunakan Huawei ID yang sah
- Sertai projek ini setelah ia tersedia pada 5 Disember nanti
Bagaimanapun, slot yang ditawarkan untuk ujian ini adalah terhad, maka daftar segera sekiranya anda berminat.
Selain membawakan sistem Android 9 Pie terbaharu, EMUI 9 ini juga bakal memberikan teknologi GPU Turbo 2.0 yang didakwa dapat mempertingkatkan prestasi peranti ke tahap yang baharu.
Sumber: Huawei Malaysia