Google Pixel 3 XL menerima kecaman teruk selepas mempunyai saiz takuk yang besar dan tidak berapa cantik. Kecaman itu berlaku selepas sekian lama kita tidak mendengar rungutan mengenai rekaan takuk ini.
Bagi mempertahankan tindakan dan rekaan mereka, Google melalui satu kicauan balas di Twitter telah memberikan alasan mengenai perkara tersebut.
The notch enables us to provide the best cameras (two, one of which is wide angle) and audio experience. Pixel 3 also has a smaller border & front-firing speakers to provide optimum sound quality. Our notch-to-display ratio is actually less than many top competitors.
— Made By Google (@madebygoogle) October 9, 2018
Menurut mereka, ia perlu dilakukan supaya mereka dapat menyediakan kamera swafoto terbaik dengan dwi-lensa untuk kegunaan pengguna, selain pengalaman audio yang lebih menarik dapat ditawarkan.
Malah, dalam kiriman yang sama, Google turut mendakwa bahawa nisbah takuk-pada-skrin yang dimiliki oleh Google Pixel 3 XL sebenarnya adalah lebih kecil berbanding para pesaing mereka.
Namun, menurut pandangan beberapa pakar industri, Google juga bernasib baik kerana ia berlaku ketika pengguna telefon pintar sudah mula tidak ambil peduli mengenai takuk. Jika ia dilancarkan lebih awal, mungkin lebih banyak kecaman yang bakal diterima.
Sumber : TheVerge @madebygoogle