Kepada anda yang sangat gemar menggunakan fon telinga, mohon agar berwaspada dengan penyakit – penyakit yang boleh menular akibat daripada peranti tersebut.
Berikut kami senaraikan 5 kesan buruk yang mungkin boleh terjadi kepada pengguna “Earphone”.
1. Komplikasi dan kehilangan pendengaran
Sekiranya bunyi terlalu kuat ianya mungkin akan mengakibatkan telinga anda pekak. Menurut kajian, sekiranya mendengar earphone dengan kekuatan bunyi melebih 100 desibel selama 15 minit, gegendang akan rosak teruk.
2. Jangkitan telinga
Khusus kepada anda yang gemar berkongsi guna fon telinga. Hal ini boleh terjadi kerana fon telinga boleh bertindak sebagai medium untuk penyebaran bakteria.
3. Earbuds
Penggunaan fon jenis yang sumbat boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk pada telinga, kerana ianya akan menyebabkan tekanan yang sangat tinggi pada gegendang telinga serta jangkitan bakteria juga lebih mudah terjadi.
4. Hilang kekenyalan
Penggunaan fon telinga yang agak berlebihan akan menyebabkan tahap kekenyalan gegendang akan berkurangan. Perkara ini boleh mengakibatkan anda berasa jengkel dengan segala bunyi yang ada disekitar anda.
5. Kerosakan otak
Untuk makluman anda, fon telinga menghasilkan gelombang elektromagnet yang berbahaya kepada telinga anda. Penggunaan yang tidak terkawal berkemungkinan boleh merosakkan saraf otak.
Walaupun tiada bukti perubatan yang menyokong teori tersebut, namun ramai pengguna tegar fon telinga yang didapati mengalami masalah berkaitan otak.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.