Huawei telah memperkenalkan peranti Nova 3 mereka buat pertama kali pada bulan Julai yang lalu. Peranti berkenaan telah menerima sambutan yang memberangsangkan sejak mendarat di negara ini.
Sehubungan dengan itu, Huawei baru-baru ini telah mengumumkan bahawa variasi baru peranti tersebut, Nova 3 Primrose Gold sudah mula dijual di Malaysia sejak semalam(27 September).
Warna emas yang dimiliki oleh model ini menampakkan ciri-ciri anggun dan mewah sekaligus dipercayai mampu menarik minat pengguna, terutamanya golongan muda.
Huawei Nova 3 Primrose Gold ini turut akan hadir dengan spesifikasi yang sama seperti model sebelum ini – cip Kirin 970, memori 6GB RAM, simpanan dalaman 128GB, bateri berkapasiti 3,750mAh serta kamera utama dan kamera swafoto dwi-lensa.
Variasi baru ini boleh didapatkan di pengedar rasmi Huawei berhampiran, kedai-kedai atas talian Huawei serta kedai rasmi Digi dengan harga RM 1,919. Jika anda mahukan peranti yang cantik menawan, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya segera.